MSL4PES COMMUNITY
SELAMAT DATANG!

Untuk mendapat akses penuh dan sertai perbincangan, sila daftar dan log masuk.

RaZoR

Join the forum, it's quick and easy

MSL4PES COMMUNITY
SELAMAT DATANG!

Untuk mendapat akses penuh dan sertai perbincangan, sila daftar dan log masuk.

RaZoR
MSL4PES COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Chatbox
Latest topics
» Selangor FA
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyFri Jul 24, 2020 4:34 am by Kenne_kenjie63

» Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyMon Sep 17, 2018 4:27 pm by RaZoR

» LANGGANAN PATCH EXCLUSIVE MSL
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyMon Sep 17, 2018 3:12 pm by RaZoR

» PERATURAN UMUM FORUM
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyMon Sep 10, 2018 9:58 am by RaZoR

» Forum under construction!
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyMon Jul 24, 2017 12:57 pm by RaZoR

» PES MSL 2015 bila nak keluar
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyWed Jun 17, 2015 6:24 pm by Amir Farhan

» PES 2015 Malaysian Face
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptySun Jan 18, 2015 5:25 pm by Kambing Ayam

» PES MALAYSIA STATS
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyWed Nov 20, 2013 2:45 pm by Kambing Ayam

» PES MALAYSIA STATS
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptyWed Nov 20, 2013 2:45 pm by Kambing Ayam

» problem!!!!
Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL EmptySat Oct 12, 2013 8:22 pm by ismailishak


Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL

Go down

Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL Empty Soalan Lazim & Jawapan berkenaan Patch MSL

Post by RaZoR Mon Sep 17, 2018 4:27 pm

SOALAN LAZIM:

Apa itu Patch?
Patch adalah perisian yang direka untuk mengemas kini program komputer atau data sokongannya, untuk memperbaiki atau menambahbaik. - Wikipedia

Mengapa perlu Patch untuk PES?
Seperti sedia maklum, kelab atau pasukan dalam PES tidak semuanya mempunyai lesen yang mana kelab-kelab yang tidak berlesen ini mempunyai nama yang tidak betul. Jersi pasukan juga tidak sama seperti yang sebenar. Jadi anda memerlukan patch untuk menukar nama-nama kelab dan pasukan kepada nama sebenar disamping penukaran logo dan jersi sebenar.

Apa pula Patch MSL?
Data yang dicipta untuk menambah kelab-kelab Liga Super, Liga Perdana Malaysia, pasukan Malaysia dan lain-lain yang tiada dalam permainan PES keluaran Konami. Ia juga mengandungi data tambahan seperti wajah pemain, jersi pasukan, stadium, papan skor, papan iklan, kemaskini grafik dan lain-lain. 
Nota: Kandungan adalah berbeza bagi setiap edisi dan versi patch yang dikeluarkan.

Apa yang dimaksudkan dengan "Edisi" dan "Versi" Patch?
Edisi merujuk kepada tahun sebagai contoh MSL2017 dan MSL2018. Manakala Versi merujuk kepada versi patch bagi edisi tersebut atau erti kata lain adalah kemaskini/update bagi patch edisi tersebut. Contoh mudah faham seperti berikut - Patch edisi MSL2018 versi 1.0 atau patch edisi MSL2017 versi 2.0.

Berapa yang perlu saya bayar atau sumbang untuk mendapatkan patch ini?
Sila rujuk disini.

Adakah patch ini disertakan dengan game penuh PES?
Tidak. Kami tidak memberikan game penuh PES.

Platform apakah yang menyokong patch ini?
PC dan PS4.

Apa beza jenis Digital/Download dan DVD?
Bagi jenis Digital/Download, kami akan menghantar email yang mengandungi link muat turun file patch. Manakala bagi jenis DVD, file patch tersiap sedia di dalam DVD tersebut. File patch kebiasaanya agak besar yang mana boleh melebihi 4gb. Jika anda mempunyai internet yang kelajuan perlahan atau data yang terhad, anda boleh mengambil jenis DVD. Kedua-dua jenis tersebut akan mendapat file yang sama. Erti kata lain, file yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza.

Berapa lama perlu ditunggu untuk mendapatkan patch ini selepas pembayaran dibuat?
Digital/Download - dalam masa 24 jam
DVD - 3 hari selepas pengeposan dilakukan

Bolehkan saya buat COD (Cash On Delivery)?
Oleh kerana kekangan masa, kami hanya menyediakan khidmat pos sahaja untuk jenis DVD. Walaubagaimanapun, kami akan cuba membuat khidmat COD pada masa hadapan.

Apakah bentuk file patch MSL ini?
Kami menyediakan file dalam bentuk installer yang mana anda tidak perlu copy paste data-data patch ini. Hanya jalankan perisian installer tersebut dan pilih lokasi untuk di install.

Adakah installer tersebut mempunyai password?
Ya. Kami akan memberikan password bersama-sama dengan file patch tersebut.

Bolehkah saya berkongsi data patch ini dan password?
Secara khususnya tidak boleh. Ia bergantung kepada tahap kejujuran anda. Jika anda menghargai hasil kerja dan usaha kami serta wang anda, sila gunakan patch ini utk anda sendiri.

Saya ada menggunakan patch lain. Bolehkan saya install patch MSL ini tanpa membuang patch lama?
Boleh. Selepas anda install patch MSL, patch lama tidak boleh lagi digunakan. Sebaiknya anda membuang dulu patch lama sebelum mula install patch MSL. Hanya satu patch sahaja boleh digunakan pada satu masa. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2018 anda boleh install patch MSL tanpa menggangu patch lama. Pastikan anda gunakan launcher bagi patch yang anda ingin gunakan untuk memulakan permainan.

Kenapa saya perlu bayar/sumbang untuk dapatkan patch ini?
Kami telah membuat patch ini sejak 2010 dan ianya telah dikongsi secara percuma. Setiap tahun kami perhatikan ada beberapa pihak telah mengambil kesempatan dengan menjual hasil kerja kami. Sehingga tahun 2014 di mana kami dapati terlalu ramai yang telah menjual patch ini secara online mahupun di kedai-kedai game. Jadi pada tahun 2015, kami telah membuat keputusan untuk mengenakan sedikit bayaran atau sumbangan bagi mendapatkan patch ini. Ianya adalah hasil kerja kami dan kami berhak untuk mendapat ganjaran berbanding orang yang hanya mengambil kesempatan.

Tapi kenapa patch luar diberi secara percuma?
Anda perlu tahu apa yang sudah ada di dalam game PES dan apa yang tiada dalam game keluaran Konami ini. Patch luar kebiasaanya tidak akan mengubah data pemain atau menambah data pemain kerana ianya sudah ada dalam game itu sendiri. Kelab-kelab luar juga sudah tersedia dan hanya perlu pertukaran nama sahaja. Data-data seperti kit, logo, dan lain-lain untuk kelab-kelab luar agak banyak dibuat oleh pembuat-pembuat luar. Jadi mereka mempunyai banya pilihan untuk menggunakan data tersebut. Berbeza dengan patch MSL yang mana kami terpaksa membuat data pemain baru dari mula dan ianya memakan masa yang agak lama. Tambahan pula jersey kelab perlu kami buat kerana tiada pembuat-pembuat luar yang ingin membuatnya. Dengan carian gambar-gambar jersi, pemain di internet yang terhad, ianya agak menyukarkan kami untuk membuatnya. Tapi kami berjaya melakukannya sehingga hari ini. Anda juga perlu tahu patch luar adalah percuma tetapi kebanyakannya untuk memuat turun perlu melalui beberapa pop-up iklan-iklan yang mana menjana pendapatan mereka juga. 

Adakah saya perlu bayar lagi bagi setiap kemaskini/update yang di keluarkan?
Anda hanya perlu membuat bayaran atau sumbangan hanya sekali bagi satu edisi patch atau musim. Contohnya anda melanggan patch MSL2018, anda akan mendapat secara percuma segala kemaskini/update bagi edisi patch tersebut sehingga habis musim 2018 (merujuk kepada musim bola sepak Malaysia).

Bagaimanakah data kemaskini/update akan diberi nanti?
Anda akan mendapat email notifikasi. Selain itu anda juga boleh melihat di ruangan VIP Lounge.

Apakah sumber dan rujukan dalam membuat patch MSL?
Kami menggunakan pelbagai sumber dalam membuat patch ini. Bagi data pemain, kami menggunakan data dari FM (Football Manager) dan diolah serta diubahsuai mengikut keadaan dan logik kami. Sumber lain seperti website Wikipedia, Transfermart, website kelab-kelab dan lain-lain juga digunakan dalam pembinaan data pemain dan juga susunan barisan pemain dalam kelab. Kami juga menggunakan gambar-gambar hasil carian dari google untuk membuat wajah-wajah pemain, logo-logo serta grafik-grafik lain.

Adakah hasil karya pihak luar juga digunakan dalam patch MSL?
Ya, kami juga menggunakan hasil karya luar yang diberi secara percuma dan di masukkan di dalam patch MSL ini. Sama seperti patch luar, kami telah mengumpul karya-karya terbaik untuk di masukkan bersama dalam patch ini. Setiap karya yang kami kumpul kami kreditkan nama pembuatnya di launcher ciptaan kami. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pengumpulan hasil karya ini.

Adakah patch MSL menyokong PES yang bukan tulen?
Ya. Kami membuat patch ini supaya ianya menyokong segala jenis PES (game pnuh). Walaubagaimanapun, ia tidak bererti kami menyokong game cetak rompak. Untuk pengetahuan anda, asas patch ini dibuat dengan menggunakan game PES yang tulen.

Saya beli patch MSL dari sumber lain. Adakah saya akan mendapat file kemaskini/update?
Kami tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa untuk menjual patch MSL ini. Sebarang masalah atau soalan adalah diluar tanggunjawab kami. Sila rujuk kepada penjual tersebut.

Di mana sumber yang saya boleh ikuti untuk mengetahui perkembangan berkenaan patch ini?
Anda boleh ikuti perkembangan patch kami di:
Website - www.msl4pes.com
Facebook "MSL Patch for PES"
Instagram - MSL4PES
Twitter - MSL4PES

Saya mengalami masalah keluarga selepas menggunakan patch MSL.
Maaf kami tidak bertanggunjawab atas sebarang masalah yang anda hadapi selepas menggunakan patch kami. Sila bahagikan masa anda untuk perkara yang wajib dan perlu. Kelalaian anda adalah tanggujawab anda.
RaZoR
RaZoR
Administrator
Administrator

Posts : 533
Location : Malaysia

http://www.msl4pes.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum